Kini aku mula merasakan pedihnya buat sekian lama dalam saat-saat hidupku . Tidak pernah sekali pun aku cuba merasakan perasaan ini. Tiap masa yang berlalu amat berharga buat aku. Aku cuba menyingkap setiap kenangan ku bersama dia. Namun apa yang terjadi hanya menyakitkan hati kecil ini. Aku sedar aku amat berbeza sekali buat mereka yang tidak mengenali aku. Namun aku sangat besyukur kerana terdapat orang-orang yang mengenali aku dan menerima aku seadanya.....
Sahabat adalah mereka yang sentiasa ada buat kita, menyayangi kita, mendengari kita, dan sahabat adalah segalanya. Itu adalah sahabat bagi definisi ku sebagai “HAMBA TUHAN”. Sahabat merupakan seseorang yang sangat suci buat aku. Ya aku sedar, kadang-kadang aku mengabaikan sahabat ku sendiri. Namun aku punya sebab. Tapi tidak semestinya sebab aku itu adalah betul atau salah. Aku sunguh menghargai sahabatku kerana dia aku mampu berdiri di sini.....
Suatu masa aku berharap mereka akan faham. Tidak semua dapat difahami apa lagi jika ianya sesuatu yang rumit buat aku. Hanya masa yang dapat menetukan apa yang akan terjadi kelak. Sama ada semua pertanyaan itu terjawab atau tidak. Itu semua bukan apa yang akan saya tentukan mahupun buat sahabat ku yang aku sayangi. Aku berharap moga sahabat ku memahami dan menerima apa adanya.....
Aku tidak layak mahupun pantas untuk mendapatkan kemaafan. Hanya sahabat yang layak mengadili mengadili aku selain dari “TUHAN”. Terserah, aku Cuma menerima apa yang ada buat aku. Cuma aku mohon maaf sekiranya aku salah. Maafkan aku.....
2 WHISPER:
buat tajuk yang sama.hehe.tapi kamu berkaitan apa ya?macam ada yang tergantung.
PYAN KATE JANGAN EXPOSE LEBIH2 NANTI MAKAN DIRI...^^ BIAR LAH IA GANTUNG SKET.... MADAH2 JEW... HEHEHEH...^^
Post a Comment